
|
Thursday, January 17, 2013 • Thursday, January 17, 2013 • 0 comments Haila~~ Apsal la toucing malam ni? Dengan pening kepala, memang toucing la malam ni. Tadi sha g bandar. Lepas kelas non stop dari pukul 8 sampai 2 petang. Mula mula kelas pukul 8 sampai 10. Kelas Admin. Then sambung business dari 10 sampai 12, ade quiz. Then sambung BEl dari 12 sampai 2. Tapi 1.30 dah kuar dah. Terus je pegi bandar sebab nak makan kat luar. Pegi dengan nina and zira. Makan mee bandung. Sha memang teringin nak makan mee bandung. Tadi dah dapat, dah. Nanti nak pegi lagi. Tunggu dulu mengidam ape pulak lepas ni. Lepas makan, jalan cari barang. Around 4 baru balik kolej. Balik je terus basuh baju. Dah jemur sume tue, solat asar. Lepas tue mengadap laptop. Tengok movie. Then dengar lagu dalam pukul 6 lebih. Tau tau je tertidur. Bangun pun sebab roommates bising2 nak pegi kelas. Lagipun farah kejutkan, suruh bangun solat maghrib. So bangun mengejut, memang sakit kepala la kan. Bangun, relax kejap, baru solat. Lepas solat, gosok baju. Malam ni ade meeting pukul 10. Meeting KO untuk B.O.M. Lepas gosok baju, pegi toilet. Balik je diba kate phone bunyi. Ingat mesej, sekali tengok ade misscalled. Dari Mama ! Sedih sangat sebab mama dah lama tak call. Last sha cakap ngan mama pun time sha balik jengka lepas cuti krismas hari tue. Dalam 1 Januari 2013. Tue jelah cakap pun. Lepas tue mama tak de call ke ape ke. Bile tengok je ade misscalled dari mama, terus rase sedih. Tak tau kenapa. Ni menaip pun tertahan tahan air mata. Sha tak tau kenape touching sangat, cembeng sangat malam ni. Ya Allah~~~ Mama dah lah jarang call. Lepas tue, mama selalu call time sha takde dekat dengan phone. Tau tau je dah misscall. Kadang2 call time sha nak pegi kelas dah. So cakap pun dengar tak dengar. Sedih sangat. Sha sedih sebab lame tak cakap and tak jumpe mama. Masuk hari ni, dah 16 hari tak jumpe. Sha balik rumah pun time raye cina nanti. cuti 9 februari, tapi balik mungkin 7 haribulan, tengok ade kelas ke tak. Kirenye sebulan lebih la tak jumpe mama. Dah la lame tak call. Sedih sangat. Sha sedih sebab teringat hari tue. Mama, kaklong pegi melaka, jalan jalan dengan cik misah, nurul dengan ira. Memang sha tau diorang ade plan nak pegi melaka, naik cruise bagai. Diorang plan time cuti krismas hari tue, time sha ade kat rumah. Sha macam marah la, sebab diorang pegi, tapi sha kat jengka. Kalu macam kak ani, takpe lah. dah sah sah la jalan kat melaka, kak ani pun kat melaka. No hal la even dy tengah exam sekali pun. at least boleh la melawat ke ape ke. Ya Allah~~~ sedih nye. Diorang pegi sendiri sendiri je. Tak bagitau pun Memang la tau diorang ade plan, tapi tak tau pun bile. Bukannya bagitau untuk mintak kebenaran sha ke ape, tapi bagitau jelah. Ni tau tau je dah check in kat hotel. Lepas tue along g post gambar gambar sume. Sedih sangat. Dah la tadi terase dengan cakap classmate sha. Tadi time kelas admin, madam tanye pasal sekolah asrama. Dy risau sebab anak sulung dy nak masuk asrama. So madam tanye la ape ape yang patut bawak sume. Then macam mane relationship dengan family kalu masuk asrama. Then ika la yang cakap macam macam. Then ika cakap lagi, "Lagi lagi kalau kite nampak gambar family kite jalan mane mane tapi kite takde dalam gambar tue, memang sedih." TIme dy cakap macam tue, memang sha sentap habes la. Terase, menusuk kat hati. Teringat gambar kaklong post kat fb tue, memang sedih sangat. Rase dipinggirkan sangat sangat. Macam kaklong, dy memang duduk kat rumah, the only one daughter kat umah, so ape ape jadi kat rumah dy la yg tau. Kakngah, dy kat kelantan. Seminggu lepas hantar sha balik jengka, mama, ayah, kaklong pegi kelantan. even 2,3 hari je, tapi kire dah jumpe la. Sanggup pegi kelantan, nak jalan jalan. Tengok kakngah dengan perut dy tue. Kak ani, dy kat melaka. dekat. takde hal lah. Boleh je nak balik. Tapi dy tengah final exam sekarang ni. Esok lusa dah balik seremban dah. So relax la. Nak cuti sem dah dy. Boleh duduk kat umah tue. Sha ni, kat jengka. Disebabkan jengka ni takde mende, so takde la nak jalan jalan kat jengka ni. So datang sini pun sebab nak jemput or hantar sha je. So selalu la dipinggirkan. Sedih sangat. Time sha kat jengka, ade je diorang berjalan. Pegi sane la sini la. Time sha dah balik seremban, bukan g memane pun. Setakat jalan seremban je. Pegi giant ke, Jusco ke, Terminal one ke, mydin ke. Tue je. Time sha takde, jalan jauh jauh. Memang la sha tak suke jalan, memng susah nak berjalan, nak keluar, lagi lagi jauh jauh. Tapi faham la. Sha dah jarang kat seremban. So kalau sha balik jalan la mane mane. Ni setakat seremban je. Memang la kalu sha mesej ke, kat fb or twitter ke sha macam relax. Bile ira cube jeleskan sha kat twitter, bile kaklong jeleskan kat fb, sha tak kesah. Sha layankan aje. Tapi dalam hati sedih sangat. Sedih sangat sangat. Rase sangat dipinggirkan. Rase macam lepas ni kalu balik seremban macam sia sia je. Balik seremban pun, duduk dalam bilik je. Bukan nak g memane. Haila~~~ Sedih nye. Sedih sangat sangat. Rase terpinggir, terbuang pun ade. Haila~~ Memang cembeng sha malam ni. Ikut perasaan sangat. Takpe, sabar jelah.
|
|