C E R I T A H A T I
Saturday, September 1, 2012 • Saturday, September 01, 2012 • 0 comments


Setiap kali keluar dari uitm jengka, sha mesti toleh belakang untuk tengok bangunan bangunan uitm.  Senang nak tau tempat tue adalah uitm jengka, Pahang, sebab time nak masuk tue ade bangunan HEA yang tulis UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG.  Dan setiap kali sha tengok sume tue, rase pelik kat hati ni. Pelik macam,sha tak tau lah. Susah nak ungkap, sukar digambarkan, sebab sha pun tak tau ape perasaan tue.  Pelik sangat.

Perasaan tue macam, bercampur baur.  Bile sha tengok UITM CAWANGAN PAHANG, sha rase bangga. Sebelum ni, sha tengok, nampak, tapi sekadar macam tue je. Tengok bukan sebagai one of it, tapi bile sha tengok bangunan HEA yang bertulis tue, rase bangga sangat sangat sebab jadi part of it, menjadi pelajar uitm Pahang, menjadi seorang dari ribuan siswa siswi di uitm Pahang.  Bangga yang teramat, memandangkan itu merupakan impian ramai remaja, nak masuk, daftar, belajar di salah sebuah uitm di Malaysia ni.  Rase bangga.  Tapi bile sha tengok bangunan tue lama lama, bile sha tenung tulisan UITM CAWANGAN PAHANG tue, perasaan lain pulak yang keluar.

Bile sha bayangkan life sha kat uitm ni, rase bangga tue hilang, senyuman kat bibir pun hilang jugak.  Bile bayangkan life di uitm tak seindah yang disangka dan dijangka, memang hancur sangat hati ni.  Lagi lagi bile berjauhan dengan keluarga.  T_T  dengan kawan; roommates dan classmates yang tidak begitu membantu, dengan keadaan, situasi yang kurang menyenangkan,  dengan jadual yang sangat dan sentiasa padat, dengan kerja yang tak pernah habis dan sentiasa mengganggu.  Semua itu membentuk parut di hati.  Rase nak tinggalkan uitm ni cepat cepat.  Lagi lagi bile dah nak habis sem ni.  Dan sekali lagi halangan.

Semua orang nak habis sem cepat cepat, esp. part 1 students yang asyik homesick, kalau boleh nak balik tiap tiap minggu tue.  Tapi bile fikir kalau dah nak habis sem, maksudnye dah nak dekat dengan final exam.  HABIS SEMESTER = FINAL EXAM.  Formula yang takde sape suke. Maksudnye nak kena struggle untuk final exam.  Nak kena siapkan assignments, buat presentation elok elok untuk dapat markah, jawab soalan quizzes dan tests, pegi test kawad kaki exam teori Ko-, and so on.  Semua tue kena settle sebelum study week which is on 22 september 2012 sampai 30 september 2012. Bayangkan nak kena cover 8 subjek dalam mase 9 hari.  Cukup bersyukur kalau paper start lambat, habis lambat.  Takpe, biarlah jadi orang terakhir yang balik rumah, janji cukup mase untuk revision. 

Sebenarnye, hidup di mane mane university, kolej, politeknik etc, takde yang menyeronokkan.  Perlukan fizikal dan mental yang kuat dan kental untuk jadi one of the student. tapi sha tidak. Sama sekali tidak. Sha tak gembira bila diterima masuk ke uitm, sha tak rela nak ambil diploma, sha tak nak sambung belajar.  Lagi lagi bile persediaan untuk sha masuk uitm adalah singkat, memandangkan keluarga banyak habiskan mase untuk kakngah’s wedding.  Rase macam nak nangis tiap tiap hari.  Tension sha ni dah sampai ke tahap sha rase macam nak lari, taknak duduk kolej.

Sha terlalu rindukan suasana rumah, terlalu rindu.  



Welcome to my fantasy webbie. :) bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


i hate cbox. Sorry! :)


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: AISHAH