
|
Monday, September 17, 2012 • Monday, September 17, 2012 • 0 comments
Esok
hari selasa. Hari pertama kelas untuk
minggu terakhir pembelajaran bagi semester 2012/1 untuk sha. Start selasa sampai jumaat, merupakan empat
hari terakhir pembelajaran sebelum bermulanya study week. Study week start 22 september 2012 sampai 30
september 2012. 1 oktober 2012,
bermulanya final exam. Tapi paper sha
start 2 haribulan.
Even
study week start 22 september tue, tapi kitorang tetap ada kelas. rasanya kelas time study week nanti paling
kritikal. Hari sabtu hari pertama study
week tue je dah ada final exam untuk Ko bpc.
Lepas tue ade kelas ganti Office Admin, kena buat soalan soalan past
year. Time tue jelah nak jumpe Miss Su,
nak tanya apa yang patut pasal subjek tue.
Then esoknya, ahad. Selalu ahad
memang hari rehat, hari merdeka untuk student.
Tapi malang sikit ahad 22 september 2012 ni. Sebabnya ade presentation OMT100. Start dari pukul 4.30 petang sampai 10 malam.
Bayangkan,
presentation dari petang sampai malam?
Hari ahad pulak tue. Betapa
peritnya. Time kelas harian biase pun
tak macam ni. Semata mata kerana
presentation. Sebabnya OMT100 ni takde final
exam, cume ade comprehensive test dengan presentation. Markah bergantung pada semua tue, dengan
quiz, test serta attendance. Study week
ni memang perit la, memang sakit. macam
macam kena settle study week ni.
Sha
dah la tak jumpe lagi PA sha, Miss Su. Tak
tau bile nak jumpe. Kalau tak jumpe, tak
dapat markah, memang kena gantung la result sha. Bukan tak nak jumpe, tapi takde masa. Time sha free, Miss Su takde. Esok sha kire free la jugak, Tapi Miss Su
pulak yang takde. Student portfolio sha
tak buat lagi, sebab sha tak tau nak buat macam mane. Time penerangan pasal student portfolio tue,
sha tak dengar. Tidur. Hehe. Banyak
benda sebenarnya nak kena settle dengan PA sha.
Sha tak buat validation lagi, lepas tue nak kena buat student portfolio
tue, nak tanye itu ini sikit sebab nak dapat markah. Memang sakit.
Memang
sakit lah. Dah la sha tak buat ape ape
pun pasal halaqah tue, kowt kena gantung result sha tak taulah. Dah lah kupon sha tak cukup lagi nak buat
permohonan kolej. Harap harap adelah
event yang boleh sha datang, boleh kutip kupon.
Dan harap haraplah kupon sha cukup untuk buat permohonan kolej.
Satu
lagi cerita. Sha rindu mama. T_T
sha tak jumpe mama since raya hari tue.
Cuti 1 malaysia, ni, sha takde plan nak balik rumah pun. Kebetulan, mama ade mesej, cakap tak payah
balik sebab mama, ayah, kaklong balik johor.
Ok fine, mama tak bagi anak dia balik rumah. Sedih.
Tapi sha ade plan nak balik time study week nanti. Mule mule ingat nak balik hari pertama study
week, hari sabtu, atau balik jumaat petang lepas habis kelas.
Tapi
baru je bape hari call mama cakap nak balik time study week, sha dapat jadual
untuk study week nanti. Ingat study week
memang takkan kena kacau, takkan ade test ke quiz ke presentation ke kelas
ganti ke. Sekali awal awal study week
dah kena kacau. Sha ingat nak balik,
hantar barang sha sikit sikit. So nanti bile habis exam, takde la banyak sangat
barang nak kena bawak. Sekali angan
angan sekadar angan angan. Lagipun sha
ingat nak balik,mintak restu parents before jawab papers. Sekali, sedih ! time cuti ni, satu aras sunyi. Semua nak balik rumah, jumpe family. T_T
Sha? Sabtu, pegi temerloh dengan dila, beli jubah
kat first lady. Malam sebelumnya, hari
jumaat tue, ramai dah yang balik rumah, tapi sha tak. Sha ade test math malam tue. Memang spoiled betul lah! Kalau tak de test tue, at least boleh
rehat. Test tue sha memang tak boleh
jawab langsung. Memang dah compen fail
! so sekarang ni sha kat bilik, mengadap
laptop je manjang. Sha ade jugak la
pandang buku buku semua, tapi pandang jelah.
Takde mood nak bace. Rindu mama
! hati ni meronta ronta nak balik. Rindu sangat, sampai sha tidur berselibung
dengan kain batik mama. Naseb baik ade !
Sha
memang harap sangat dapat balik sebelum start final exam. Lecturer sha sume kate, tak payah balik. Sebabnya study week kejap je, korang balik
pun kejap je. Cube lah sabar, tunggu dah
habes paper, korang balik la rumah terus.
Lecturer tak faham! Kitorang part
1, masih tak biase lagi dengan sume ni. Masing
masing asyik fikir nak balik je, lagi lagi orang macam sha yang memang tak
pernah jauh dari family.
Macam
mana ni? Rindu rindu rindu. Takpe.
Hati ! kau kuat kan? Aku tau kau kuat ! kau bertahan sekejap je. Kalau tak dapat balik sebelum final,
takpe. Sabar untuk seketika, nanti kau
boleh terus balik rumah. Kalau dapat
balik time study week, kau kena bersyukur! Faham? Kau sabar ! aku tau kau kuat ! kau boleh je tak jumpe mama time awal awal
kau masuk sini kan? Kalau kau boleh
bertahan sebelum ni, kenapa tak lepas ni?
Takpe, panjang umur balik jugak.
Ya Allah, kuatkan hatiku. Kuatkan
imanku. Sabarkan hatiku. Berikan aku kekuatan. Aku tau aku boleh melakukannya dan aku tau
Kau ade dengan aku. Aku boleh. Kuatkan hatiku, Kekalkan imanku. Amin.
|
|