
|
Saturday, July 14, 2012 • Saturday, July 14, 2012 • 0 comments
As the world keep breathing, just the same as me. Alhamudillah, masih bernafas,dan masih boleh tolerate dengan hidup di sini. Quite a time tak menaip, and now I am here. Sangatlah sibuk minggu ni, sangat sibuk. Dari isnin sampai ahad ni,will be totally busy.
Start isnin haritue,memang busy. Isnin memang diketahui sebagai hari yang memenatkan,sebab ada Co. isnin tue sha ade tiga kelas ; satu kelas pagi,satu kelas petang,satu kelas malam. Lepas habes kelas pukul 4,balik bilik,siap siap,dan terus pegi Co. memang penat. Biase lah Co.,kena kawad untuk 1 hour then masuk DK untuk belajar. Kawad memang tak yah cakap,memang penat dan panas. Then masuk DK, same je ceritanya. Dapat duduk,ade aircond tapi penat jugak sebab kena dengar pasal BPC. The history and all. Bffff…~~!! Then something stupid happened. Sha masuk BPC, kumpulan sha KP1. Dan entah kenapa malang hari isnin tue,menimpa KP1. Sebabnya,ade manusia tak berakal yang signkan attendance untuk orang yang tak hadir. Ade 40 orang dalam KP1,dan sume attendance ditandatangan. Tapi bile kire kehadiran sorang sorang,tak cukup 40. It happens to be ade sorang siswa yang tak datang,tapi attendance dy disign. So timbul persoalan. Komander2 sume marah marah kat KP1,including me myself. En. Fauzi,ketua seksyen disiplin BPC,suruh someone mengaku sape yang buat kejadian tak bermoral tue,but no one admit anything. And it end up with silly thing. Sebab sorang siswa yang tak datang tapi attendance disign tue lah,40 orang dalam KP1,kehadiran mereka sepanjang Co. tak diterima. Kitorang pegi Co. since second week kat jengka ni,kirenya dah ade 4 kali kehadiran. Tapi 4 kali kehadiran tue tak diterima dan tak diambil markah semata mata keran siswa yang tak datang tue. Sangat lah annoying. Sume komander mencarut,marah marah kitorang. And surely Co. minggu depan will be hard for us,KP1. Mesti kena kawad giler giler. Then kena struggle kumpul markah untuk ganti markah kehadiran yang tak diterima tue. Annoying isn’t it? Dah la kena macam tue,lepas tue balik Co. pun dah lambat. Asar tidak,maghrib tidak,terus siap pegi kelas. memang rushed giler,sebab malam tue kelas OMT100,kelas PD yang memerlukan saya dan classmates pakai makeup. weihiiii!!!! :P
Dengan tak mandi,tapi takde sape tau except roommates,so pakai baju kurung,lilit lilit selendang,tepek segala kat muka,kemas buku,rushed g kelas yang jauhnye boleh buat ketiak kau meleleh leleh. :O dah rush rush sampai kelas,sha tolong makeup kan classmate sha,using my makeup,my sponge,my brush. :O kat luar kelas ok. Sebelum masuk kelas,semua susun high heels kat rak kasut. Konon konon kitorang pakai heels lah,padahal selipar masing masing sorok dalam rak. Masuk kelas,lecturer tak masuk lagi. 15 minutes lepas tue baru dy masuk. Kalau tau,takde aku berlari pegi kelas. then masuk kelas,terus kena submit assignment. Dan assignment sha tak diterima sebab salah format. Awesome ! memang seronok bile dapat tau sha kena buat balik assignment tue dan kena hantar esoknya. Bayangkan,kelas PD tue habes pukul 10 malam,sha nak balik bilik,nak mandi,buat assignment lain pulak dengan homework bagai. Then nak gosok baju lagi dengan typing lesson lagi. And plus that re-do assignment. Memang menyampah giler. Mane nak cari bahan nak buat assignment dalam mase less than 24 hours? Bukan sha sorang je,half of my class kena re-do their assignment. Ok,seronok sangat! Dah habes kelas PD,balik bilik,ade mira je. Yana ade kelas,simaa ade BBQ dinner. Balik bilik,memang serabut lah,bersepah giler. Baju berterabur sane sini dengan buku buku sume. Tapi si mira ni sikit pun tak kemas. Time sha balik bilik tue,dy selamber je maen lappy sambil dengar lagu Hindustan. Memang sakit hati. So sha penat penat dengan tak mandi,kemas la segala bagai dalam bilik tue. Kemas tue ini,sapu sume,baru mandi. Then isyak,gosok baju,buat assignment. Pukul 4 tido,5.30 bangun,mandi,subuh dan siap g kelas. Yana,simaa,mira bangun lambat,sebab kelas diorang sume start 10 pagi. Memang selasa sha sorang je bangun awal.
Selasa. Kelas macam biase. Belajar itu ini. Time kelas OMT131,lecturer, Miss Su merajuk dengan kitorang. Specially to one of my classmae yang clearly tak focus on class. Dy melukis,maen phone and all. Miss Su merajuk. Lepas tue kelas MAT112,tak tenang,sume risaukan Miss Su. Dah habes kelas,g Bank Islam,then menapak g Koperasi kat depan DSG yang sangat lah memenatkan di bawah terik matahari. Beli bahan untuk assignment,then menapak balik bilik. Beli makanan kat DM,baru masuk bilik. Balik bilik,makan,solat,buat assignment. Lepas sejam,tepek segala kat muka,dan menuju ke kelas. sampai kelas,makeup sume cair dah. ---_--- panas kowt !Time kelas PD tue,entah macam mane,Madam Suwaibah datang awal. Sha dah hampir nak masuk kelas,tapi keluar balik sebab tak pakai heels. So berlari g toilet,tukar kasut,baru masuk kelas. masuk kelas,hantar assignment. Lepas tue kena bebel. Madam Su marah sebab kitorang pakai makeup tak tebal. Aku rase dah cukup tebal,penat dah aku tonyok segala kat muka ni. Madam tanye, “mane blusher?mane lipstick?” aigoo~~ kalu bukan sebab nak dapat markah,tak de makne kitorang nak makeup and wear heels. Tak faham kenapa Dip. Office management ni kena ade kelas PD yang perlu pakai makeup and wear heels. ---_---
Balik kelas,relax relax kejap,mandi sume. Solat bagai. Lepas maghrib,ade kelas OMT131. Masuk kelas,tengok Miss Su dah ok,Alhamdulillah. J kitorang buat revision sebab esoknya ade quiz. Habes kelas,balik bilik. Isyak,gosok baju,buat assignment,tidur. Awal sikit tidur hari tue. Rabu. Bangun awal lagi,kelas start pukul 8.kelas macam biase. Dari 8 pagi sampai 6 petang. Pagi tue,ade quiz OMT131. Alhamdulillah,boleh jawab sebab dah bace awal awal. Then,kelas lain pulak.Kelas petang kena makeup lagi. Kitorang sume pulun tonyoh,tenyeh,tepek segala makeup kat muka. Masing masing merah kat pipi dan bibir. Haha,kelakar. Dengan heels masing masing. Dan berdebar,takut Madam nak condemn lagi. Last last Madam masuk 45 minit lambat. ---_--- sempat maen game. Habes kelas,terus g pasar Rabu. Teman dila cari ayam. Dari minggu lepas dy cakap nak makan ayam,siap cakap harge ayam yang dy nak beli tue,RM3.50. Jalan bersesak sesak,last last beli air mangga satu je,untuk roommate dila. ---_--- ayam? Bau ade,tapi tak nampak bayang. Dah la panas kat pasar tue,kononnya nak beli ayam la,air la,tudung la,jam la,last last beli air je.---_--- then menapak g library,beli buku. Dila nak g pasar beli ayam,sha teman dy. Sha nak g library beli buku,dila teman sha. Sha beli 2,dy beli 1. Balik balik,puas hati. Tak sangat,sebab tak dapat ayam. Haha. Last last beli ayam kat DM je.
Malam tue,kelas jugak.memang tiga hari berturut turut ade kelas. penat ! tapi naseb baek sir aizat bagi lepas awal. Tapi tak balik bilik,sha study group sebab esoknya ade quiz MAT112. Konon nk study,tapi ape pun tak boleh. Hafal formula je,lain banyak merungut mengadu dengan nina. Perut pulak kembung air,so mate pun berat la. Balik bilik,isyak,gosok baju,terus tidur. Sha ni,kalau awal,memang awal giler tidur. Kalau lambat,memang lambat giler. Tapi tetap orang pertama yang bangun tiap tiap hari,walaupun sabtu ahad. Juga yang paling awal bangun kat aras blok sha. So kalau pagi pagi,bangun mandi,sha sorang jelah dalam bilik air tue. Quite creepy,tapi kena biasakan diri. Takkan nak tunggu sume dah bangun kowt? Beratur la nak mandi macam tue. Tapi lepas mandi,subuh,sha tidur balik. Haha. 7 pagi baru bangun,siap g kelas.
Khamis. Quiz MAT112. Oh tidak!!!! Quiz math,soalan dua je,tapi special case. Memang perit la jugak. Tapi chapter two,senang sikit la. Senang nak score marks. Habes kelas math,ade typing class. Kitorang practice typing,siap sedia untuk speedtest akan datang. Hari isnin hari tue, ade speedtest 1. Tiga orang je yang lulus dalam kelas sha,which is amy,zara and me. Yang lain failed. So kena denda buat assignment. Sha tak kena. :P khamis tue practice typing. Then sir arifi suruh buat typing kat buku,1 pages. Sape habes awal,boleh keluar awal. Zara orang pertama siapkan,dy memang terror typing. Laju giler. 60wpm. Hebat! Then amy siap. Then sha siap. Sha malas nak keluar awal,so tutup typing,bukak fb. Hehe. Habes class,balik bilik. Petang tue sambung kelas lagi. Habes kelas petang,merdeka! Tamat kelas. kelas malam pun takde.
Malangnya… sume student part 1 kena pegi Terengganu,ade program kat sane. Khamis malam tue,sume berkumpul kat dataran integrasi pukul 9.30 malam. beratur ikut Co. so berhimpun la kitorang kat dataran,duduk kat jalan tar yang boleh buat punggung korang berlubang banyak banyak. Dengan baju kurungnya,ramainya,panasnya. ---_--- tunggu bas sampai. 53 buah bas digunakan untuk student part 1 uitm jengka. Sha naek bus yang ke 31. Duduk dengan simaa. Seksa giler time tunggu bus tue. Rase macam nak giler kena tunggu lame lame. Sha dengan simaa sebijik macam orang tak betul,banyak mencarut sebab tak tahan kena tunggu bus. Then pukul 12 baru naek bus. Gerak dalam pukul 12.15. ade 2,3, kali berhenti jugaklah. Tapi sha dengan simaa tak keluar sekali pun. Tidur je. Masuk bus memang terus tidur. Tapi kalau sha tau ade McD kat one of the pitstop,memang sha turun. Then 5.30 pagi,berhenti solat subuh kat masjid ape tah. Beratur g toilet,20 minute baru boleh kencing.---_--- solat,amek wuduk gune air yang warna tak dapat kenal pasti. Air dy tak putih macam air. Got it? Solat,then masuk bus,sambung perjalanan.
7 pagi baru sampai uitm dungun. Sume excited,bukak mate luas luas sebab nampak pantai. Haha. Kitorang sampai,tapi kena duduk dalam bus je. Then komander aida suruh amek makanan,so keluar la nak amek makanan. Tapi tak jadi. So lepak kat luar bus,tak cecah air kat laut,setakat main pasir dan main dengan kucing.rindu chubby. T_T then masuk bus,gerak g padang arena,kowt. Besar giler. Sarapan tepi jalan,then gerak g dewan terbuka dy. Tunggu vvip datang macam tunggu kucing jantan beranak. Dengan tak tahan nak kencingnya aku. Dah lah panas. Dahlah beg tinggal dalam bus,bus jauh giler. So reda lah termenung kat dewan tue. Time vvvvvvvvip berucap, beli air,haus giler. Then cari bus. Sha dengan simaa berpeluh peluh cari bus. Mane taknye,pukul 12 matahari terpacak atas kepala,berjalan dengan ramai siswa dan siswi.bukan budak jengka je,ade johor,Terengganu,merata lagi lah. Pusing kat tempat parking bus yang sangat lah besar. Yelah,bus besar. Keseluruhan bus ade 250 buah. So parking dy bapak besar. Bus pulak banyak yang seakan same. Lame melilau,baru jumpe bus. Masuk bus,tengok takde orang pun. Ok fine fed up. So sha dengan simaa pegi pantai.bus kitorang parked dekat dengan pantai,good spot. Lari pegi pantai,jakun giler. Dekat setahun sha tak jumpe pantai. So cecah cecah kaki kat air laut. Ombak sangatlah besar,angin sangatlah kuat,orang sangatlah ramai. Ramai student maen maen kat pantai,ade yang dating. ----_---- maen air sampai basah kain. Halal. Janji dapat main air laut. Padahal tak sedar diri alergi air laut. Tau tau balik kaki dah naek bintik bintik merah yang menggatalkan. Sabar jelah.
Then masuk bus,tunggu mereka mereka yang lain. Tak tau ape yang buat diorang lambat sangat sampai ke bas. Jalan macam gajah tak de kaki. Then balik. Tapi tak terus balik. Singgah Mesra Mall. G toilet dulu,kencing. Haha. Then makan. We only have one hour. Dari 1.30 sampai 2.30. 2.30 mesti dah ade kat bas,itu yang komander aida kate. Makan kat foodcourt. Sha amek sausage set dengan chocolate cold. RM9. Makan sikit je,sebab gastric melanda. Sikit giler sha makan dari pinggan besar tue. Air pun luah suku je. Last last simaa yang habeskan. Sakit perut giler. Takleh gerak,tunduk pun tak leh. Bayangkan. Mesra Mall tue ade macam macam yang tak ade kat jengka. Secret recipe,burger king,big apple,guardian,Watson,al-ikhsan,bonia,verns,vincci,popular,coolblog. Tapi sha end up pegi Watson je sebab perut sakit sangat. Ikutkan sha nak beli kasut kat vincci,selipar kat verns,butterscotch kat secret,dozen of big apple,novel at popular,chocolate coolblog. Last last beli BB cream,sanitizer dengan pencuci muka je. Annoying giler. Kalau bukan sebab perut,dah lame sha shopping. Tapi hikmah jugak sakit perut. Tak shopping,tak habes duit. 2.15 naek bus. Tapi 3 petang baru gerak. Sebabnya siswi yang bapak lembab nak mampus naek bus. Orang suruh naek bus pukul 2.30,pukul 3 baru terkedek kedek naek bus. Bangang! Orang lain pun beli barang gak,takde lah lame macam kau. Kau fikir kau tue sape nak tunggu tunggu kau?
Then baru balik. Tapi sampai pukul 7 petang. Ikutkan lagi awal sampai. Tapi sebab driver tue sesat. Dy tak masuk highway chenor,so tak sampai la ke jengka. Dy g masuk highway termerloh,kena la patah balik. Bayangkan kau salah jalan kat highway,macam mane nak patah balik? Giler fedup. kematu buntut aku duduk lame lame. Dengan sepanjang perjalan pegang perut,sakit sangat sangat. Tudung dah macam ape tah,rambut terkeluar. Sampai pukul 7,terus jalan kaki balik kompleks. Tak de mood giler. Balik,sume bersepah. Ok fine. Kemas dulu,then mandi.maghrib,maen lappy until now.
So itulah jadual saya. Penat tak payah cakap. Hari ni belum cakap lagi ni. ade family day,semua part 1 kena join. Tak tau pagi ade event ke tak. Yang pasti,3 sampai 5 petang ade kelas MAT112. Ade test !!!!!! chapter 1,2,3. Kalu subjek lain,boleh tolerate lagi. Ini MAT112. Reda jelah. Lepas habes kelas nanti,kena rush join family day. Family day start pukul 5-8 malam. Bayangkan,kelas habes pukul 5. Family day start pukul 5. Tak ke bangang? Malamnya pulak ade dinner family day. Kalau taknak join boleh,tapi sebab dah bayar,terpakse la join, duit tue duit. So tak tau lagi nak pakai baju ape. Tak fikir ape ape pun. Otak serabut dengan test.
Belum cerita hari ahad. Ade ptptn. Sha tak settle lagi ptptn tue. Nak settle haritue,terlewat datang. So ahad nilah kena pegi. Tak dapat bayangkan kena beratur lame lame tunggu giliran. Gerenti boleh habes satu novel sambil tunggu giliran. Pinjam duit punye pasal. Ptptn punye hal. Habes tak tau pukul berapa. orang lain yang settlekan hari tue dah dapat duit dah. aku ni yang lembab sikit. Dah habes,kena g library,buat group assignment. Siapkan individual assignment lagi. isnin sambung kelas lagi,petangnya Co. Memang seronok la. Ade chance nak kurus tak agak agak? :P
|
|