
|
Tuesday, June 26, 2012 • Tuesday, June 26, 2012 • 0 comments
Alhamdulillah. Baru habis kelas OMT131. One of the most
hateful class. Sha tak suke kelas ni sebenarnye. Tapi lecturer dy best,mesra
alam. Dan sangat suke berfalsafah. I mean,bahasa yang dy gunakan biasa je,tapi
maksud yang dy cube sampaikan dalam setiap ayat tue sangat mendalam. “You are
the one who control yourself in your journey.” Itu yang dy selalu sebut dalam
kelas. At least once,dy akan cakap quote tue. Dan sha boleh hafal dah. :P
Macam tadi. Belajar chapter 2 pulak ; Human Relations at
Works. Cakap pasal communication,expectation semua. Then ade subtopic pasal
conflict in organization. Lecturer tue tanye “korang ada konflik tak dalam diri
korang? Cube terangkan ape konflik tue. Try to explain in term of what your
conflict had happened to you.” So ramai la yang menyebut. Love,foods,segala
jenis benda yang boleh dikelaskan sebagai merepek la. :O then somebody said,
”conflict about future.” Lecturer tue macam pelik la,konflik ape pulak yang
pasal masa depannya. Dan kelas falsafah pun bermula.
Mase kite dalam kandungan,bulan yang keempat,segala galanya
dah ditetapkan untuk kita. Dari hal rezeki,perjalanan masa
depan,pelajaran,pekerjaan,termasuk juga maut juga jodoh,telah ditetapkan semasa
kita di dalam kandungan ibu kita,di awal bulan keempat. Something that I didn’t
know about before. Well then,lecturer kate,kite tak boleh rancang masa depan
kita,sebab rancang macam mane pun,semua dah ditetapkan oleh Allah swt. Yang
kita boleh lakukan,adalah berdoa dan teruskan hidup seperti biasa. Just follow
the flow as what it is.
So sha terfikir,kalau macam tue,kite tak boleh la nak fikir
apa cita cita kita,ape yang kita nak jadi,apa yang kita nak buat di masa depan
nanti. Sebab walau macam mana teliti kita rancang pun,kita takkan tahu masa
depan kita sehingga masa itu datang satu hari nanti. Kalau faham betul betul
dan dengar apa yang lecturer tue kate tadi,memang macam macam keluar kat
fikiran,tapi tak terluah dek kata kata. Maksud sha, kata kata lecturer tue
sangat abstract. Terlalu abstract sampaikan macam macam yang boleh difikirkan.
Terlalu banyak benda yang boleh difikirkan,tapi satu pun cukup sukar untuk
dirungkaikan. Sangat lah abstract.
Jadi bila kita memang dah tau masa depan kita dah pun
ditetapkan,ape yang kite perlu rancang? Kalau ikutkan ayat secara mendatarnya,memang
tak perlulah kita rancang apa apa,sebabnya masa depan kita memang dah
dirancang. Tapi bila difikirkan secara logiknyalah,kalau tak ada
perancangan,kerja tak jalan. Betul? Apa yang kita boleh lakukan,rancang sekadar
yang kita mampu,sekadar yang kita boleh lakukan,sekadar yang kita boleh capai.
Dan jangan rancang masa depan yang terlalu ke hadapan. Setakat nak rancang apa
nak makan esok,apa nak pakai esok,nak keluar pergi mana esok,tak ape. Tapi
jangan merancang tentang masa depan anda yang sebenar benarnya. Sebagai contoh,
tentang apa pekerjaan kita nanti,berapa banyak gaji kita nak, dengan siapa kita
akan kahwin dan sebagainya. Boleh kalau nak rancang tentang tue,tak salah pun.
Tapi jangan terlalu merancang,dan jangan terlalu berharap. Sebab bile kite
‘terlalu’ dalam melakukan sesuatu,mungkin perancangan itu tidak tercapai. Dan
harapan hanya tinggal harapan. Cuma akan menyakitkan hati sahaja.
Cara yang terbaik,teruskan hidup seperti biasa. Lalui hidup
seperti mana anda hari ini,esok dan seterusnya. Perancangan merupakan strategi
terbaik dalam kehidupan,tapi jangan keterlaluan. Bimbang akan musnah harapan
satu hari nanti. Kita takkan tahu apa yang akan berlaku di masa depan nanti.
Apa yang boleh kita lakukan adalah terus berdoa dan berdoa dan berdoa. J
|
|