
|
Tuesday, March 20, 2012 • Tuesday, March 20, 2012 • 0 comments masih adakah waktu untuk ?? dan bila esok bertarikh 21 mac 2012. :) sejarah pun tercipta. sha dapat bayangkan, semua berkumpul selepas pukul 10 pagi,berbual,bergosip,bercerita bersama rakan rakan. senyum gelak pung pang sane sini. then pengetua sayang berucap,selama yang boleh sehingga tahi telinga cair,meleleh. :) dan waktu yang dinanti nantikan. nama pelajar cemerlang disebut satu satu. semua perhatikan pelajar cemerlang naik pentas. salam,hugs and kisses dengan pengetua sayang,amek slip keputusan spm. nama sape yang disebut,syukur alhamdulillah. nama sape yang tidak disebut,tidak bermakna gagal. cehh!!bercakap macam sha dah lepas spm je. padahal sha pun sederet gak dengan budak2 lain,berebut amek result nanti. yang pasti,mesti ramai yang maen tarik tali pasal result. bila ditanya,taknak gtau la,malu la,itu la inilah. dan memang itulah yang sha akan lakukan. takut memang takut,excited memang excited. tapi sha tak fikir sangat. betullah orang kata. jangan fikirkan sangat.lagi difikir,lagi la pening kepala. lagipun,kalau fikir positif ke negatif ke,result dah pun menunggu kita. dah itu keputusan yang kita dapat,terima jelah. kalau cemerlang,alhamdulillah. kalau baik,syukur. kalau biase biase je,terima dengan hati terbuka. apa pun keputusan,reda dan pasrah. itu yang sha mampu buat. kalau tak puas hati,repeat la balik semula. bukak buku latihan,buku teks balik. bace buku,buat latihan sane sini. then repeat balik. apa pun,jangan putus asa. waktu waktu macam ni,kata kata seperti "gagal selagi tak bermakna gagal selamanya" merupakan antara kata kata yang mampu menaikkan semangat mereka yang hampir berputus asa dengan keputusan yang cukup cukup makan. tak percaya?cubalah.haha. buat ceramah free pulak kat sini. dah macam essay pun ade. yelah,dah lame tak buat essay. sekarang buat daily sale dengan report je keje. :) kesimpulannya,kena kuatkan hati. kak ani pernah kate,spm bukan penentu masa depan,tapi spm penentu di mana kita akan berada nanti. universiti?kolej?kerja?duduk rumah?merayau? tak tau tak tau tak tau. ape yang sha merepek bagai essay ni sebenarnya sekadar untuk sedapkan hati sha yang makin lama makin tak tenang ni. tadi kat tempat kerja relax macam dah berabad tinggalkan sekolah. bila balik rumah ni,makin kuat pulak dupdapdupdap di hati. sha takut sha kecewakan family sha,terutama mama dan ayah. adik beradik sha semuanya pandai,kire sha sorang je yang kurang banyak. itu tak pandai,ini tak pandai. sebab sha sedar sha tak pandai la sha kerja. yelah,dah la jadi anak yang tak pandai,takkan la nak duduk rumah je? kalau duduk rumah je,rasa malu la pulak. dah la tak pandai,takde hati nak cari duit sendiri. still nak duduk bawah ketiak mak ayah,mintak duit kat diorang. memang la masih belum cecah umur untuk menjadi dewasa sepenuhnya, tapi masa masa macam nilah yang boleh digunakan untuk belajar berdikari. belajar kenali dunia luar,dunia dewasa yang lebih mencabar. nanti kalau umur dah 22,23 tahun,baru nak kerja.. penat kerja sikit je dah rase macam nak berhenti. padahal baru sehari kerja,dah penat bagai nak mati. sha bercakap dari pengalaman. pengalaman baru belajar bekerja. kerja kat mash cafe tu. kerja sehari,berhenti. sebabnya?rase penat sampai rase macam nak mati dah. padahal sha tak sedar diri sha baru je sehari kerja. itupun naseb baek la ade rezeki kerja the store. dulu bukan main memilih sha cari kerja. nak yang macam tue,taknak macam ni. at last,duduk kat kaunter charlie,sambil memakai badge PROMOTER CHARLIE. sampai bila boleh bertahan? tak de sape boleh duga. like i always said, just follow the flow.
|
|