C E R I T A H A T I
Friday, February 10, 2012 • Friday, February 10, 2012 • 0 comments

sesungguhnya...
kadang kadang aku rase menyesal kawan dengan ko.
kadang kadang aku malu nak mengaku aku ade kawan macam ko.
kadang kadang aku malu nak mengaku ko kawan aku.
ikutkan hati,nak je aku sembur sume sekali kat ko.
dengan perangai ko yang buruk camtue,ko fikir aku suke ke kawan dengan ko?
lima tahun aku kenal ko.
dari aku form 1 sampai form 5,sampai aku habes sekolah.
aku ingat,bile abes sekolah,aku takkan jumpe kawan dengan perangai macam ko.
tapi naseb aku malang!
aku jumpe ko balik.perangai ko lagi.
pusing kiri kanan depan belakang,ko tetap ade.
ko fikir aku suke?
kalau bukan sebab lima tahun persahabatan,dah lama aku putus kawan dengan ko.
aku fikir jugak..
kalau aku putus kawan dengan ko,ape yg mama akan cakap..
mama tau persahabatan kita.
tapi mama tak pernah tau perangai ko yang satu tue.
bukan satu,berjuta yang menyakitkan hati.
aku ingat lagi hari pertama aku kenal ko.
ko yang tegur aku dulu.
time tue mase form 1,baru masuk sekolah menengah.
aku,ko dengan beberape budak lain,kena tunggu kat luar.
sebab pemilihan ketua tingkatan.
time tunggu undian sume,ko yang tegur aku dulu.
then kita jadi kawan.
duduk sebelah sebelah.
3 tahun.3 tahun aku duduk sebelah ko.
mungkin bagi orang lain 3 tahun tue singkat,tapi tidak bagi aku.
3 tahun mengajar aku mengenali ko,diri ko yang sebenar.
diri ko yang jijik untuk aku perkatakan.
3 tahun aku kenal ko,3 tahun aku duduk sebelah ko.
dalam mase 3 tahun,macam2 ko buat kat aku,tapi aku sabar.
aku tak pernah citer kat sape2 perangai buruk ko yang ko buat kat aku.
3 tahun aku diam pasal perangai ko yang aku terpaksa hadapi tiap tiap hari.
sebab rase hormat,sebab tau ko ade hati dan perasaan,
aku diamkan je tentang perangai ko.
walaupun hati aku ni meronta ronta nak bagitau someone tentang perangai ko.
2 tahun dengan ko,memang kadang kadang aku tak tahan.
tak tahansampai nak cakap kat someone,nak luahkan,tapi aku senyap.
aku diamkan sebab aku taknak ko malu.
laipown aku tau orang akan beranggapan,aku ni saje nak burukkan ko.
sebab orang tak tau perangai ko.
sebab orang tak rase ape yang aku perlu rase tiap tiap hari.
sebab orang tak alami semua ni.
sebab tue,aku diamkan je.aku sabarkan hati aku.
sampai lah aku form 4.
ko kelas laen,aku kelas laen.
ade hikmah kite kelas laen2.
hikmahnye,aku tak perlu berdepan perangai ko lagi.
aku ingat,ko cume akan buat perangai ko tue dengan aku.
rupenye tak.
kawan sebelah ko time form ,5..
kawan setusyen dengan ko..
semua mengaku benda yang same.
entah kebetulan atau sengaja,
semua yang berdepan dengan perangai buruk ko,
citer masalah diorang kat aku.
dan terus terang aku cakap..
aku tak terkejut diorang merungut,marah dengan perangai ko.
aku tak terkejut diorang alami benda yang same macam yang aku alami selama 3 tahun.
diorang yang berdepan dengan perangai ko tue,
kire beruntung sebab tak lame berkawan dengan ko.
berbanding aku yang duduk sebelah ko selama 3 tahun.
3 tahun duduk sebelah ko,hari hari berdepan dengan perangai ko.
3 tahun macam tue,bagi aku terlalu lame.
terlalu menyeksakan untuk aku.
aku keluar dari sekolah tue dengan harapan.
dengan harapan aku takkan berdepan orang yang berperangai seperti ko.
tapi macam yang aku cakapkan.
nasib aku malang.
aku terpakse berdepan dengan ko.
aku perhatikan ko.
kau...!!!
dengan kawan lain,bukan main lagi ko baik.
pijak semut pun tak mati.
dengan aku...
selagi boleh ko pijak kepale aku,selagi tue la ko pijak sampai hancur lumat.
mungkin bagi ko,aku diam,so aku takkan pernah marah ko.
ya.memang aku tak pernah marah ko.
tapi macam orang cakap,aku makan dalam.
makin banyak ko buat aku,makin aku berdendam.
tapi aku janji,aku takkan pernah lepaskan kemarahan aku kat ko.
walau seteruk mane ko layan aku,
walau selumat mane kepale aku ko pijak,
aku takkan marah ko.
sebab aku hormat lima tahun persahabatan kite.
dan aku tau mama akan marah kalau tau aku gaduh dengan ko.
bukan aku nak cakap aku baik.
tapi adalah lebih elok kalau aku yang beralah,walaupun ko yang buat hal.
adalah lebih baik kalau aku diam je,walaupun aku makan dalam.
aku takkan meletup kat ko,sebab aku hormat ko.
sebab hoormat aku kat ko,
sebab tue aku tak pernah citer kat sape2 pasal perangai ko.
tapi aku punyer hati dan perasaan.
aku luahkan kat seseorang hal ni,iaitu Mr. Angel.
ko patut bersyukur sebab aku tak citer kat orang bernyawa tentang perangai ko.
dan ko patut bersyukur aku masih sudi berkawan dengan ko,walaupun aku benci perangai jijik ko tue.
sejujur jujurnye lah,aku nak tergelak tengok orang lain berkawan dengan ko.
dan aku kesian kat orang yang berkawan dengan ko.
orang yang berkawan dengan ko tue bodoh,tak tau ape2 pasal perangai ko tue.
nak je aku bagitau semua orang tentang perangai ko,tapi aku masih ade rasa kemanusiaan kat ko.
kalau aku bongkarkan perangai ko,ko fikir ade yang nak berkawan dengan ko?
bukan aku cakap buruk,tapi fakta.
itulah hakikat yang sebenar tentang diri ko.
aku meluat tengok ko berkawan dengan orang lain,dengan perangai propa ko tue.
dengan orang lain,bukan main lagi ko baik.
sampai kat tempat keje,bukan main manis lagi mulut ko berkata kata.
bile balik,cari aku,tumpang aku.
lima tahun berkawan,dan dalam sehari,banyak kali aku jumpa kau.
dan kau cume tegur aku untuk cakap yang kau nak tumpang aku balik umah.
lima tahun berkawan,itu je yang ko cakap kat aku.
kau berkawan dengan orang lain,tak kira jantina,tak sampai 2,3 bulan berkawan,
macam2 benda ko ceritakan,macam2 benda ko kongsikan.
dengan aku?selagi boleh ko elakkan diri,selagi tue la ko elakkan.
takpelah.
aku pun tak kesah.
lagi aku suke.
lagi aku nak elakkan diri dari ko.
ko cume menyakitkan hati aku.
ko cume tambah parut dalam hati aku.
kalau bukan sebab wujudnya perkataan dan perasaan hormat,
dah lame aku sabotaj ko.
ko,dengan kawan perempuan dan lelaki ko tue,
boleh blah la~~!!



Welcome to my fantasy webbie. :) bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


i hate cbox. Sorry! :)


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: AISHAH